Minyak pelincir cetak rompak
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/02/06
anbia@hmetro.com.my
2010/02/06
RAWANG: Satu sindiket terancang menghasilkan sendiri minyak pelincir kenderaan dengan meniru bulat-bulat beberapa jenama minyak pelincir terkenal antarabangsa yang berada di pasaran.
Operasi licik yang dijalankan di satu kilang tertutup di Taman Setia Jaya, Rawang di sini, dikesan mampu menghasilkan ribuan botol minyak pelincir sintetik palsu yang kemudian dijual dengan harga sama.
Kegiatan sindiket terbabit terbongkar selepas sepasukan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) Selangor menyerbu gudang berkenaan dan merampas sejumlah minyak pelincir ‘cetak rompak’ bernilai lebih RM1 juta.
Penolong Pengarah Kanan KPDNKK Selangor, Zakaria Thamby Chik berkata, kewujudan kilang membuat minyak pelincir kenderaan tiruan itu berjaya dibongkar hasil maklumat orang ramai dan kerjasama pihak polis Gombak.
Menurutnya, seorang pekerja sindiket berkenaan sebelum ini diberkas polis selepas dikesan melakukan penipuan pembelian sejumlah tayar menggunakan cek tendang.
“Hasil tangkapan itu, suspek membawa pihak polis dan KPDNKK ke gudang rahsia terbabit yang dijadikan markas untuk memproses minyak pelincir tiruan.
“Bagaimanapun ketika serbuan jam 10 pagi semalam, pemilik gudang sempat melarikan diri dengan meninggalkan semua bahan bukti di dalam premis berkenaan,” katanya.
Menurutnya, enam pegawai KPDNKK Selangor memecah kunci gudang berkenaan sebelum menemui beratus tong drum yang digunakan untuk mengisi minyak pelincir tiruan.
“Siasatan lanjut menemui ratusan kotak berisi bekas plastik minyak pelincir seberat satu liter dan empat liter yang dipercayai sedia untuk diedarkan ke pasaran.
“Bagaimanapun semua minyak pelincir berkenaan didapati palsu berikutan ia diisi menggunakan bekas plastik yang mempunyai bentuk dan warna sama dengan produk tulen,” katanya. Malah sindiket terbabit turut dikesan menghasilkan pelekat label palsu berdasarkan penemuan beratus pelekat terbabit dalam pejabat berkenaan.

Sumber Harian Metro: Sabtu, 6 Februari 2010
------------------------------------------------------------
ANDA
Adakah minyak tersebut yang kita gunakan sekarang?
Pengguna Bijaksana.
Kepada Pengguna yang bijak selalunya akan memilih Produk yg berkualiti dan murah di pasaran…. Tetapi bagaimana…. ?
Tahu kah anda , apabila tiba masanya anda terpaksa menghantar kereta anda ke Workshop untuk penukaran minyak hitam/minyak pelincir , apabila tiba masanya……
Persoalan nya : Sekiranya anda bergantung kepada Workshop.
1.Adakah anda pasti bahawa minyak hitam/minyak pelincir yg di tukar itu original atau campuran atau recycle atau cetak rompak?
2. Dari segi pembayaran.. selalunya kalau minyak Synthetic anda terpaksa bayar lebih dan boleh mencecah sehingga RM200.00 dan untuk minyak biasa selalunya diantara RM 65.00 hungga RM80.00 , dan ada juga workshop yang mempromosikan sebagai pakej RM48.00 atau RM 60.00 , anda sebagai pengguna harus menilai, Untuk makluman anda Minyak Hitam juga ada grade , ada formula lama dan ada formula baru dan harga nya berbeza.
3. Sayangnya anda terpaksa keluar perbelanjaan lebih dengan memberi keuntungan kepada pihak ketiga…
Sebagai pengguna saya hendak anda renung sejenak mengenai program 1Malaysia 1 Kereta 1Minyak Extra Power… ianya memberi keuntungan kepada pengguna sehingga 72% dengan hanya menggunakan sendiri, apa tidaknya sebagai Pusat Pengedar anda boleh mendapatkan minyak synthetic ( 3 Dalam 1 ) MAS Formula (Metal treatment/additive/synthetic) dengan hanya RM79.00 dan minyak biasa dengan harga RM39.90
Fikir-fikirkan lah………. Kalau berminat sila hubungi
tel: 013-3559755 untuk keterangan lanjut atau
emel: ziebiees@gmail.com
Jadilah pengguna yg bijak/ guna sendiri jimat sehingga 72%
No comments:
Post a Comment