Friday, August 13, 2010

1 Kereta 1 Minyak Xra Power

Xtra Attitude Sdn Bhd, syarikat milik penuh bumiputera Islam menceburi industri minyak pelincir . Penglibatan syarikat dengan mengujudkan jenama Xra Power Motor Oil kini mendapat tempat di pasaran tempatan dengan berkonsepkan 1 Kereta 1 Minyak Xra Power , memberi kesedaran kepada pengguna agar pengguna berhati-hati menggunakan produk minyak hitam bagi mengelakkan penggunaan minyak pelincir cetak rompak yang kini berleluasa di pasaran.


Pengguna bijak adalah pengguna yang dapat menilai akan kualiti produk serta harga yang begitu kompetitif berbanding minyak yang berada di pasaran. Dengan Formula terkini M.A.S dengan adunan 3 dalam 1 (Metal treatment,Additive dan Synthetic). Pihak syarikat yakin sesiapa sahaja yang menggunakan minyak ini akan merasa perbezaannya.

Strategi pemasaran unik yang diamalkan telah melonjakkan jualan serta menambahkan bilangan pengguna.Ramai yang menggunakan produk ini telah mengiktiraf akan kualitinya . Sehingga kini terdapat beberapa Koperasi yang telah bersama menyertai program Kad Diskaun 30% yang memberi manfaat kepada ahli serta koperasi itu sendiri.

Koperasi pertama menerima konsep ini adalah Koperasi Muslimin Malaysia Berhad dan diikuti oleh Koperasi Sek. Men Keb. Naka Kedah Berhad , Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Koperasi Serbaguna Guru-Guru Selangor Berhad.

Atas kehebatan produk dari segi kualiti dan harga beberapa pertubuhan serta syarikat jualan langsung juga telah mengambil peluang menggunakan produk ini untuk pasaran ahli-ahli mereka. Potensi Shop juga bersama gabungan projek ikhlas4all ,program yang dianjurkan oleh Majalah Potensi melalui portal Potensi.com.my telah menjadikan Xra Power Motor Oil salah satu daripada produk-produk potensinya untuk pasaran didalam jaringannya..

Sumber: Potensi.com.my

No comments:

Post a Comment